Tuesday, August 18, 2009

Hari ini saya melihat kawan-kawan ku menghadiri konvo mereka. Minda dan hati saya tidak sabar ingin mencapai ke tahap itu. Walaupun ia akn datang tidak lama lagi, saya masih perlu mengharungi pelbagai rintangan. Onak duri yang begitu memedihkan terpaksa dilalui dengan penuh kesabaran.
Adakala minda yang kosong ini mula berfikir...betulkah saya akan Berjaya dalam hidup?? Adakah i telah mengambil langkah yang betul?? Jawapannye telah terjawab dengan melihat apa yang telah dicapai sekarang..
Masa berlalu sepantas kilat..tidak sempat kita melihatnye ia telah melalui kite..adakah kite menghargai masa yang ada..tepuk dada Tanya sendiri..detik-detik manis sebagai pelajar memang tidak boleh dilupakan.Adakala saya mejenguk di luar jendela melihat kanak-kanak kecil bermain..lalu mengimbas kembali zaman-zaman kanak-kanak..Era tadika hingga lah ke university. Kenangan akan tinggal kenangan sahaja.Memori yeng indah tidak akan luput begitu sahaja. Kalau lah otak kita ada USB port boleh lah I ‘transfer’ ke external hard disk.
Hidup ini sangat pendek, bila-bila sahaja ia akan berhenti. Oleh itu dengan jasad yang ada sekarang, buatlah sesuatu yang bermakna bukan hanya untuk diri anda tetapi juga untuk orang lain. Ingatlah orang yang tersayang.Insan yang telah mendidik kamu sejak dari kecil lagi.Ingatlah jasa mereka yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit
.

Berada dalam dunia pekerjaan sesuatu yang lain daripada zaman-zaman di sekolah. Sudah 2 bulan 19 hari kita membuat praktikal. Banyak kenangan dan ilmu saya telah pelajari. Yang paling penting ialah persahabatan baru yang terjalin. Ia adalah sesuatu yang nilainya lebih daripada segalanya. Dengan mempunyai scenario seperti ini hidup anda di tempat kerja akan menjadi lebih ceria dan selesa. Di akhir-akhir hari praktikal kita akan rasa keberatan untuk meninggalkan mereka. Gelak ketawa bersama akan hanya tinggal kenangan. Teringat semula ‘meeting’ yang selalu diadakan selepas lunch time. Banyak masa gembira bersama mereka. Kita pernah mengadakan Parti pizza,parti pau dan majlis hari jadi yand diadakan di dalam ofis.
Saat-saat semua ini tidak boleh dilupakan begitu sahaja, ia akan menjadi kenangan seumur hidup. Ia akan menjadi salah satu detik yang akan tercatat dalam babak-babak kehidupan saya. Selepas ini focus akan beralih semula kepada pembelajaran. Saya akan cuba mencapai target yang telah saya tetapkan. Saya yakin dengan diri sendiri yang saya akan dan boleh mencapai target itu. Sudah semestinya saya akan berusaha degan lebih gigih dan tekun bagi mencapai kejayaan.

5 comments:

  1. r u sure u wrote dis ?...haha...lolx...y so emo wan ?

    ReplyDelete
  2. celaka..i wrote it in ofis..hahahha

    ReplyDelete
  3. can still remain here by signing agent contact mah!!!!! kakakaka...mmg emo giler boy...

    ReplyDelete
  4. hahaha..ya tasha i tok wit my bos about it ad..hehehe..

    ReplyDelete